Formula 1 2020: Litar Silverstone akan anjur dua perlumbaan berturut-turut

1129

Menurut penganjur Grand Prix (GP) Britain, Litar Silverstone bersedia menjadi tuan rumah dua perlumbaan berturut-turut bagi menyelamatkan kempen perlumbaan Formula 1 musim ini yang ditangguhkan susulan penularan pandemik Covid-19.

Litar Silverstone

Buat masa sekarang, sembilan daripada 22 perlumbaan telah ditangguhkan atau dibatalkan dengan GP Perancis dan Belgium dijangka turut menyertai senarai itu.



Situasi itu menjadikan GP Austria yang dijadual berlangsung pada 3 Julai depan bakal menjadi perlumbaan pertama musim ini diikuti GP Britain dua minggu selepas itu.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Litar Silverstone, Stuart Pringle, berkata perbincangan sudah pun dimulakan dengan bos F1 untuk litar berkenaan menganjurkan dua perlumbaan berturut-turut.

“Kami membincangkan mengenai semua pilihan yang ada termasuk menganjurkan dua perlumbaan dalam satu hujung minggu dan dua perlumbaan pada dua hujung minggu berturut-turut.

“Saya yakin dengan kemampuan kami untuk melaksanakannya. Kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas…kami boleh gunakannya,” katanya.

GP Britain yang dijadual pada 19 Julai dijangka berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran penonton bagi membendung penularan Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here