PKP: Jumlah kadar kemalangan catat penurunan hampir 70 peratus

1396

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dan fasa kedua, jumlah kadar kemalangan di seluruh negara telah mencatatkan penurunan hampir 70 peratus.

kadar kemalangan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 130 kemalangan membabitkan 145 kematian dicatatkan dalam tempoh 18 Mac hingga 14 April yang lalu.



“Purata kemalangan bagi tempoh PKP hingga fasa kedua adalah sebanyak 370 kemalangan setiap hari dan menunjukkan penurunan hampir 70 peratus pada hari biasa dengan purata 1,500 kemalangan setiap hari.

“Malah, jumlah kes kemalangan maut juga mengalami penurunan antara empat hingga lima kes setiap hari berbanding kadar purata 16 hingga 17 kes setiap hari dicatatkan pada hari biasa.

“Daripada jumlah kemalangan maut itu, 80 peratus membabitkan pengguna motosikal,” katanya.

Berkenaan persiapan polis menjelang Ramadan nanti, Azisman berkata, pihaknya sedang melakukan penelitian bagi penguatkuasaan PKP bagi tempoh berkenaan yang bergantung kepada pengumuman serta polisi kerajaan.

“Bagi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), semakin berkurang jumlah kenderaan, semakin baik kerana jumlah kemalangan serta kesesakan juga berkurangan.

“Apabila kerajaan mengumumkan tiada bazar Ramadan, bagi saya ia adalah lebih baik bagi memutuskan rantaian Covid-19 selain mengurangkan kesesakan lalu-lintas,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here