Pakai Golf GTI tapi mencuri bahan mentah buat modal perniagaan ayam golek

2858

Ternyata pandemik Covid-19 memberi kesan buruk pada ekonomi serta pendapatan golongan peniaga sehingga ada yang sanggup mencuri untuk memulakan perniagaan.

Sepertimana kejadian tular ini yang menunjukkan kelicikan seorang lelaki memanjat masuk ke dalam sebuah kedai lalu mencuri stok ayam segar yang disimpan di dalam tong ais.



Kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi sekitar Kedah itu menyebabkan pembekal ayam segar tersebut mengalami kerugian.

Namun apa yang mengejutkan, apabila dia melihat rakaman CCTV lelaki tersebut menggunakan sebuah Volkswagen Golf GTI yang diletakkan di depan kedainya pada jam 3.30 pagi masa kejadian.

 

Difahamkan pencuri itu sudah lama melakukan kegiatan tersebut di sekitar kawasan Sungai Petani, kerana besen yang digunakan untuk meletakkan ayam segar tersebut turut dicuri daripada pembekal ayam segar dari lokasi lain.

Bagaimanapun kali ini aktiviti pemuda itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Malah lebih menyedihkan bahan mentah yang dicurinya itu dijadikan modal jualan perniagaan ayam goleknya di depan medan selera Bandar Puteri Jaya sekitar Sungai Petani.

Semoga pihak berkuasa bertindak dalam masa terdekat dan pencuri tersebut dikenakan hukuman yang setimpal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here