Bengkel kenderaan diusahakan lebih 30 tahun hangus sekelip mata

1264

Lapan pemilik berputih mata apabila bengkel kereta mereka musnah dijilat api di Jalan Tanjung Api-Padang Lalang, Pahang pada jam 5 pagi. 

Namun enam pekerja warga asing yang tinggal di premis itu berjaya menyelamatkan diri.



Saksi kejadian menyatakan punca kebakaran daripada jentolak yang diletakkan di depan bengkel untuk dibaiki sebelum merebak ke bangunan berkenaan.

“Dari jauh saya nampak asap tebal, dan hati saya berdebar-debar namun masih berharap bukan bengkel ayah yang terbakar.

“Namun sudah ditakdirkan, bengkel yang diusahakan ayah selama lebih 30 tahun musnah sekelip mata,” kata Jogender Kaur, 49 anak kepada pemilik bengkel.

Sejurus menerima panggilan daripada rakanya yang memaklumkan kejadian itu, dia dan bapanya bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan barang. 

Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan untuk mendekati kawasan kejadian kerana bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Dia menyerahkan kepada pihak berkuasa melakukan siasatan kerana bapanya menyatakan jentolak terbabit tidak mempunyai bateri dan sistem elektrik semasa kejadian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here