Wanita kongsi detik cemas hampir jadi mangsa ragut di stesen minyak

2030

Kebanyakan mangsa ragut adalah dalam kalangan wanita. Penjenayah menyasarkan golongan ini kerana barangan berharga selain sasaran mudah.  

Baru baru ini seorang pengguna Twitter @ErahSoo berkongsi pengalamannya berdepan detik cemas apabila hampir menjadi mangsa ragut ketika berada di sebuah stesen minyak.



Menerusi perkongsiannya, dia berehat dalam kereta di stesen minyak tersebut selepas mengisi minyak dan pam tayar.

 

Tiba-tiba sebuah kereta parkir di depannya dan seorang lelaki keluar lalu cuba membuka pintu bahagian penumpang.

Menyedari pintu kereta berkunci, lelaki tersebut mengetuk tingkap lalu meminta wang RM50 dengan alasan tertinggal dompet di rumah dan berjanji untuk membayar semula menerusi pindahan wang atas talian.

Curiga dengan tindakan lelaki itu, Erah memberi alasan tidak memiliki wang tunai dan meminta lelaki tersebut mengalihkan keretanya.

Kemudian lelaki tersebut bergerak untuk mengalihkan kenderaan selepas melihat Erah mahu menekan hon.

Agar perkara sama tidak berlaku kepada yang lain, Erah menasihati orang ramai terutamanya wanita supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil langkah keselamatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here