TMJ lawat mangsa banjir guna Mercedes-AMG G63 6×6

7035

Keadaan banjir di Johor semakin teruk yang mana jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada 5,479 orang setakat hari ini.

Menerusi perkongsian akaun Facebook Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim aktif meluangkan masa melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Johor antaranya Segamat, Sungai Tiram dan Tangkak.



Berdasarkan imej yang dikongsi boleh dilihat Tunku Ismail menggunakan Mercedes AMG G63 6×6 sebagai pengangkutan. Kami menjangkakan model yang digunakan oleh TMJ ialah Mercedes-AMG G63 6×6 kerana merupakan pemanduan sebelah kiri.

Berbeza dengan model yang dibawa masuk Naza Brabus yang diberi kepercayaan untuk menjual Brabus G700 6X6 versi pemanduan sebelah kanan sekitar 2017. Kemungkinan hanya Tunku Ismail memiliki versi G63 6×6 yang diimport dari luar di pasaran tempatan.

Mercedes-Benz G63 AMG 6×6 pacuan enam roda menggunakan enjin 5.5L V8 turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 544hp dan tork 760Nm.  Kemudian ia dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan.

Model berkenaan dikeluarkan pada 2013 hingga 2015 dan nilai harga pasaran G63 AMG 6×6 terpakai juga meningkat. Berdasarkan pemerhatian kami tahun lalu harga model terpakai model itu mencapai Euro 859,000 (RM4 juta).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here