Pemandu lori sakit jantung tapi dituduh mabuk, si perakam dikecam

1202

Sejak kebelakangan ini banyak kes kemalangan akibat kecuaian pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol di Malaysia, namun tidak seharusnya kita memukul rata disebabkan isu-isu sebelum ini.

Sepertimana tanpa soal selidik terperinci seorang wanita mengklasifikasikan seorang pemandu memandu dalam keadaan mabuk selepas melanggar dua buah kereta yang berada di bahu jalan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.



Ternyata tindakan wanita tersebut mengundang kemarahan pengguna laman sosial, selepas salah seorang rakannya mengesahkan melalui perbualan di Whatsapp bahawa pemandu lori yang dikenali sebagai Shukri mengalami sakit jantung semasa kejadian dan disahkan telah meninggal dunia semalam.

Perbualan tersebut turut dimuat naik di Tiktok @dikmal8, dan meminta agar orang ramai memadam dan menghentikan dari menyebar gambar ataupun video arwah.

Menurut rakannya yang dikenali sebagai Siva, lelaki berkenaan berkerja dengan sebuah syarikat di Sungai Buloh terkena serangan jantung dan kemudian telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

“Sesiapa yang viral kata pak cik ini mabuk, dia bukan mabuk. Saya kenal pak cik ini nama dia Shukri bekerja jadi pemandu lori dengan syarikat di Sungai.

“Dia macam kawan lama saya kenal lebih 10 tahun, jadi sesiapa kata dia mabuk, dia tak mabuk dia sakit jantung dan telah meninggal dunia,” kata Siva menerusi perbualan di Whatsapp.

Susulan perkongsian itu, pengguna laman sosial turut meminta wanita terbabit memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa atas tuduhan yang tidak berasas itu.

@dikmal8

Assalammualaikum semua kwn2 tiktok😇 mintak spe yg dh #viral padamkan balek. Pkcik ni tak ada. Al fatihah kepada mangsa semoga tenng di sana. #fyplori

♬ son original – Tayibou Fit_

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here