Model acah kapal layar Rolls-Royce bakal muncul Mei depan, harga RM117 juta saja

1539

Seperti yang diumumkan tahun lalu, Rolls-Royce akan memperkenalkan model baharu super eksklusif, iaitu Boat Tail pada Mei depan. 

Rolls Royce menawarkan perkhidmatan coachbuild yang mana penghasilan model Boat Tail melibatkan kolaborasi unik antara pengeluar kereta mewah Britain itu dan pelanggan.



Nama Boat Tail sempena rekaan model yang menyerupai rekaan kapal layar mewah, dan merupakan model paling mahal pernah dihasilkan yang berharga sekitar AS20 juta (RM117 juta).

Model dua pintu itu didatangkan dengan empat kerusi dengan panjang 5,900mm dan dijana oleh enjin 6.75L V12 Twin-Turbo berkuasa 563hp dan tork 900Nm bersama transmisi automatik 8-kelajuan.

Apa yang menarik perhatian adalah rekaan bahagian ‘ekor’ yang menampilkan deck lid bukaan tengah seakan kepak rama-rama dan boleh menempatkan dua unit peti sejuk serta set peralatan dan pinggan mangkuk jenama Christofle.

Bagi melengkapkan lagi set piknik tersebut adalah sepasang kerusi kecil diperbuat daripada gentian karbon, dan payung kecil yang boleh dibuka dan disimpan di belakang.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here