Ini 8 perkara perlu anda tahu tentang jalan raya tertinggi di Malaysia

1734

Pembukaan jalan berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Pulau Pinang semalam menjadikannya jalan raya tertinggi di Malaysia mengalahkan laluan Rawang ByPass atau dikenali sebagai Lebuhraya Rawang-Serendah.

Berikut fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang Jalan Paya Terubong tersebut:

  1. Jalan berkembar Jalan Paya Terubong memiliki ketinggian 61.5 meter berbanding Rawang ByPass 58.2 meter.
  2. Laluan yang dibuka adalah konsesi yang disiapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan laluan sejauh 3.825km dengan perbelanjaan RM378.2 juta.
  3. Projek jalan raya tersebut sebenarnya sepanjang 5.5km dengan kos RM545.6 juta yang menghubungkan  tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)- Bukit Jambul dan Balik Pulau – Jalan Tun Sardon.
  4. Selain melibatkan MBPP, syarikat Geo Valley Sdn Bhd Development dan syarikat PLB Land Sdn Bhd turut terlibat dengan baki laluan masing-masing sepanjang 1.4km dan 0.8km dan dijangka siap pada 2025. 
  5. Projek di bawah biayaan PBT itu mengharungi pelbagai cabaran sepanjang enam tahun pembangunan bahkan pernah menimbulkan kontroversi apabila sebahagian struktur binaan runtuh yang mengorbankan sembilan mangsa dan tiga cedera pada kejadian Oktober 2018 di samping pandemik dan beberapa isu teknikal. 
  6. Laluan itu merupakan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitar.
  7. Turut disediakan lorong basikal di sepanjang jejambat jalan bagi memberi peluang kepada penggemar sukan berbasikal. 
  8. Jalan raya tertinggi di Malaysia itu dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan trafik sebanyak 30 peratus dan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pengguna jalan raya setiap hari.
Jom Baca:   Ini model CKD Kia Malaysia perlu anda tunggu bermula tahun depan...

KREDIT FOTO: SofirGBDronePenang

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here