Volkswagen Passat R-Line baharu dilancarkan bermula harga RM211k

407

Pengedar rasmi Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sudahpun melancarkan Passat R- Line baharu.

Model baharu tersebut yang dipertingkatkan dengan kuasa lebih tinggi dan lebih banyak ciri premium yang bersesuaian dengan statusnya sebagai sedan bersaiz sederhana terlaris di dunia.

Passat R-Line ini kini dilengkapi dengan penggunaan enjin pengecas turbo 2.0TSI yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 220PS dan tork 350Nm, yang dipadankan dengan  transmisi DSG 6 kelajuan dengan sistem klac basah.

Selain itu, untuk model R-Line, turut dilengkapi teknologi Kawalan Casis Dinamik dengan pilihan mod pemanduan yang membolehkan pemandu memilih profil pemanduan. Penjimatan bahan api adalah sekitar 6.9l/100km.

Jom Baca:   "Dah lama beli, hargapun salah," pemilik dedah kisah beli GT-R R34 Nismo Z-Tune Thailand yang tular

Selain itu, perincian yang halus telah ditambah pada ruang kabin untuk menjadikannya lebih mewah, seperti sistem audio premium Harman Kardon yang terdiri daripada 12 unit pembesar suara berprestasi tinggi dan amplifier 700-watt.

Ia mampu menghasilkan pengalaman audio yang mengasyikkan dalam setiap perjalanan, serta kawalan pendingin hawa dengan sentuhan haptik yang ringkas dan mudah digunakan turut disediakan.

Passat R- Line baharu ini hadir dalam lima warna termasuklah warna perak (Scale Silver) baharu, menjadi ia model kedua di Malaysia yang menerima logo baharu Volkswagen.

Jom Baca:   Bugatti kongsi penghantaran pertama daripada 10 unit Centodieci, siapakah gerangan pemilik?

Model ini mempunyai pilihan metalik perak (Scale Silver), biru (Aquamarine Blue), dan kelabu (Manganese Grey); manakala warna hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) ialah warna mutiara yang ditawarkan tanpa kos tambahan.

Passat R-Line ini ditawarkan dengan pengecualian cukai jualan pada harga bermula RM211,916.88 serta penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here