Multistrada V4 laku keras, Ducati catat sejarah rekod jualan tertinggi 2021

1495

Ducati mencatatkan 59,447 unit jualan motosikal seluruh dunia untuk tahun lalu. 

Angka itu membolehkan Ducati mengekalkan jualan lebih 50,000 unit untuk tujuh tahun berturut-turut, malah merekodkan peningkatan lebih 24 peratus mengatasi jualan pada 2020 dan 2019.



Ducati Multistrada V4 merupakan motosikal paling popular tahun lalu dengan jualan 9,957 unit diikuti model Scrambler 800 (9,059 unit) dan Monster (8,734 unit).

Menurut Ducati, kejayaan tersebut dicapai setelah pasaran Amerika Syarikat kembali menjadi peneraju dengan 9,007 unit terjual, manakala Australia merekodkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding 2020.

Angka itu diikuti Itali (8,707 unit) dan Jerman (6,107 unit), malah pasaran motosikal di China juga meningkat sebanyak 21 peratus dengan 4,901 unit terjual diikuti Perancis dengan 12 peratus (4,352 unit).

Sementara itu, Ducati yakin 2022 bakal membawa kesinambungan sama terutamanya menerusi beberapa model baharu yang dilancarkan sebelum ini seperti DesertX, Streetfighter V2, Multistrada V2 dan Panigale V4 2022.

“2021 adalah tahun keajaiban untuk Ducati. Kami menghantar lebih 59,000 motosikal, jumlah yang tidak pernah dicapai sebelum ini dalam 95 tahun sejarah syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here