Duit lesap, motorpun tak nampak bayang…..

1701

Siapa sangka hasrat seorang pemuda untuk memiliki sebuah motosikal berkecai apabila tertipu dengan iklan di laman sosial.

Gambar hiasan

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berusia 22 tahun dan merupakan seorang penjaga stor sebuah syarikat kurier di Jalan Gambang mengalami kerugian sehingga RM5,500.

Mangsa yang melihat iklan jualan motosikal di laman sosial Facebook itu, segera menghubungi jurujual yang memperkenalkan diri sebagai Firdaus.



Dia yang terpedaya dengan kata-kata manis suspek bersetuju dengan tawaran harga RM5,500 untuk membeli Yamaha 125Z, namun selepas membuat pembayaran dia gagal menghubungi suspek.

Mangsa yang kecewa dan berasa tertipu dengan kejadian tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan , dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here