Nak nampak gah dan sukses, sifu trading kantoi ‘pinjam’ jet peribadi orang lain

12165

Dunia digital membolehkan peniaga mahupun pengasas produk memasarkan barangan jualan dengan mudah.

Bahkan sudah menjadi lumrah dalam kalangan mereka menayang kenderaan mewah untuk menunjukkan kejayaan perniagaan. Walaupun ada antaranya hanya menyewa kenderaan tersebut.



Dan…sayangnya masih ada yang tertipu dengan helah berkenaan. Baru-baru ini, seorang ‘sifu’ trading yang menggunakan nama akaun Facebook Anai-Anai Trader berkongsi gambar dengan sebuah jet peribadi dan kenderaan mewah Lamborghini Urus serta Ferrari. 

“Anai-anai memang tak sangka boleh ada private jet sendiri. Dulu hidup anai-anai memang tiada tujuan. Kerja dengan gaji RM2,000 sahaja dan pernah ditinggalkan tunang yang curang dengan lelaki berjaya. Perit dan sakit dia tuhan saja yang tau.

“Anai-anai juga pernah depresi, tiga bulan tak keluar rumah. Mungkin rezeki, kawan anai-anai zaman universiti kenalkan anai-anai dengan saham dan trading,” tulisnya pada status 31 Januari lalu.

Kemudian, netizen mula mencurigai pemilik akaun tersebut setelah berkongsi imej yang sama pada Rabu (2 Februari) lalu. Walaupun sudut berbeza terdapat kelainan pada jet peribadi berkenaan yang mana pada status terkini tiada lencana nama Anai-Anai Trader di sebelah pintu masuk pesawat tersebut.

Menerusi tinjauan kami di Twitter, pengguna @idgafstfu0 berkongsi tangkap layar komen hantaran tersebut yang menunjukkan Anai-Anai Trader menjawab pertikaian netizen berkaitan gambar berkenaan. 

“Itu namanya trademark bang tak nak bagi curi gambar suka-suka,” tulisnya walaupun penggunaan perkataan salah yang mana seharusnya watermark.

Kisahnya juga tular di Twitter apabila ramai yang ragu dan timbul perdebatan apabila seorang pengguna akaun Urban Hartanah mempersoalkan taktik sifu trading itu. 

“Sehebat manapun sifu tu, tak mungkin dia mampu beli private jet dengan duit Fo**x tanpa akaun kena flag dengan Lembaga Hasil. Ini semua taktik nak menipu,” tulisnya. 

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Muhammad Nur Iman menjelaskan hasil siasatan dengan ‘orang dalam’ ada sebuah jet peribadi Gulfstream yang didaftarkan di Amerika Syarikat berlabuh di lapangan terbang Subang dan Kuching dalam tempoh beberapa hari yang lalu sebelum berlepas ke Dubai.

“Disebabkan anai-anai trader tipu yang ni adalah private jet beliau sendiri, maka kita siasat sikitla. Hehe nasibla pernah kerja di airport dulu-dulu, so masih ada kawan-kawan boleh checkkan record,” katanya. 

Jika diperhatikan secara terperinci pada jet peribadi tersebut tertulis nama Tutor Perini yang merujuk kepada Tutor Perini Corporation, iaitu salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Amerika Syarikat.

Untuk makluman, harga bagi sebuah Gulfstream G550 yang baharu adalah AS62 juta (RM259 juta) manakala model terpakai pula sekitar AS16 juta (RM66 juta). Ini tidak termasuk bayaran lain misalnya penyelenggaraan, sewaan hangar, insurans pesawat, dan gaji krew. 

Tepuk dada tanya selera, setakat sembang semua orang boleh bermodalkan air liur!!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here