Waspada sindiket kereta klon di media sosial, nampak sama tapi….

1166

Sindiket kereta klon kini semakin berani apabila secara terbuka menggunakan platform media sosial untuk mengiklankan jualan produk bagi mencari pembeli potensi.

Antara jenama kereta yang ditawarkan adalah Mercedes Benz, Volkswagon, Honda dan Toyota yang mana mereka akan mengimport dari negara jiran lalu dijual pada harga lebih murah.



Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk kenderaan klon menggunakan model sama yang sah daripada segi jenama, buatan, model dan nombor pendaftaran yang didaftarkan di Malaysia dengan membuat salinan cukai jalan dan geran palsu.

Sindiket atau penjual kereta klon ini biasanya menjanjikan pelbagai keistimewaan untuk menarik minat pembeli antaranya menguruskan proses tukar nama kenderaan dan menjual kereta mewah terpakai pada harga yang murah.

Gambar hiasan

Setelah selesai proses jual beli kereta, sindiket ini akan menghilangkan diri yang akhirnya pembeli terpaksa menanggung kerugian sekiranya tertangkap. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran berkenaan.

Pemilik juga boleh disiasat atas empat kesalahan utama mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memiliki kenderaan bermotor yang tidak berdaftar, mempamerkan nombor pendaftaran dan cukai jalan bukan kepunyaan dan tiada perlindungan insurans.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here