Rumah Tim Cook ditutupi dinding mozek kabur dalam Apple Maps

3763

Apple Maps sedia menawarkan ciri maya yang membolehkan orang ramai melihat dunia sebenar terus melalui pelayar web.

Namun, anda tidak dapat melihat rumah Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook kerana telah dikaburkan dalam Apple Maps. Tindakan pengaburan itu dilakukan selepas Cook mendapat perintah sekatan terhadap pengintai (stalker).



Apple Maps bukan hanya meletakkan satu dinding mozek besar pada rumah agam empat bilik tidur di Palo Alto, California itu bahkan kenderaan yang diparkir di jalan luar juga dikaburkan. 

Kemas kini itu pertama kali dikesan oleh laman berita Apple Cult of Mac, berikutan pendedahan tentang seorang stalker yang mendakwa sebagai isteri Cook.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Santa Clara County menjelaskan Julia Lee Choi, 45 menghantar gambar senjata, peluru dan komputer kepada jutawan teknologi itu, dan ditangkap atas kesalahan menceroboh. 

Dia didakwa memandu sejauh 4506km dari McClean, Virginia ke California dua kali sebulan bagi menceroboh rumah Cook. Difahamkan wanita berkenaan mengintip CEO Apple berkenaan selama setahun.

Apple menyifatkan tingkah laku wanita itu sebagai ‘tidak menentu, mengancam, dan pelik’ dalam permohonan perintah sekatan. Justeru itu, Choi dihalang berada berhampiran Cook, rumah pekerja atau hartanah Apple dalam jarak 186 meter sejak Jumaat lalu.

Selain itu, rumah Cook juga dikaburkan secara digital dalam Google Maps. Sebenarnya pengaburan berkenaan memudahkan ia dikesan kerana hanya rumah Cook yang dikaburkan di kawasan tersebut.

EFEK STREISAND 

Pengaburan alamat itu dikenali sebagai fenomena Efek Streisand iaitu percubaan menyembunyi atau menapis maklumat yang akhirnya menarik perhatian secara tidak sengaja. 

Istilah ini dicipta pada 2005 selepas penyanyi Barbra Streisand menyaman seorang jurugambar atas perlanggaran privasi setelah gambar udara hartanah tepi laut miliknya dimuatnaik dalam koleksi imej awam bagi dokumentasi hakisan pantai di California. 

Sebelum tuntutan mahkamah, imej rumah Streisand hanya dimuat turun sebanyak enam kali yang mana dua daripadanya oleh peguam penyanyi itu sendiri. 

Tuntutan itu telah menarik perhatian orang awam apabila 420,000 orang melawat laman web berkenaan untuk melihat rumah penyanyi tersebut dan akhirnya mahkmah menolak permohonan penyanyi tersebut. 

Bagi kes CEO Apple ini isu berkenaan diketahui umum berikutan permintaan Apple untuk perintah sekatan, dengan pemfailan mahkamah termasuk nama penuh dan nombor jalan. 

Untuk makluman, anda juga boleh melakukan permohonan untuk kaburkan rumah anda di Apple Maps dan juga Google Maps.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here