UMW Toyota Motor – Jualan terus melonjak pada Mei dengan jualan 7,579 unit

647

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) mencatatkan peningkatan jualan pada bulan lalu berbanding April dengan Toyota menjual sebanyak 7,442 unit, manakala Lexus sehingga 137 unit

Pada April, jualan UMW Toyota mencatatkan 6,946 unit (Toyota + Lexus) berbanding 7,579 unit (Toyota + Lexus) pada Mei lalu.

Sehingga Mei 2022, syarikat itu mencatatkan jumlah jualan  keseluruhan Toyota dan Lexus sebanyak 36,972 unit dengan peningkatkan 9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



UMW Toyota berjaya mengurangkan perbezaan antara kedua-dua bulan itu berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Walaupun diramalkan jualan kenderaan di Malaysia akan perlahan untuk sepanjang tahun ini.

Berdasarkan kekurangan global semikonduktor, pengeluar kenderaan mendapati sukar untuk meningkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi permintaan.

Sementara itu, UMW Toyota meneruskan promosi bulanan, dengan menawarkan faedah bernilai RM4,000 kepada peminat Yaris dan Vios. 

Pada bulan ini juga, Toyota bakal menyediakan penjimatan pertengahan tahun dengan menawarkan rebat tunai serta penjimatan cukai jualan. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Toyota.com.my atau hubungi talian telefon percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here