Kawasaki ZX-25R bakal lancar tahun depan di Malaysia!

5132

Sebentar tadi Motoqar bersama beberapa rakan media berpeluang melawati kemudahan Modenas di Gurun, Kedah bagi melihat barisan pemasangan model Kawasaki yang bakal lancar di pasaran tempatan.

Seperti mana kita ketahui sebelum ini Modenas mengumumkan pemasangan tempatan (CKD) model Ninja 250 dan Z250 buat pasaran Malaysia.



Bagaimanapun, ramai yang bertanyakan tentang kemunculan sportbike lebih berprestasi, Kawasaki ZX-25R 4-silinder. 

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata Kawasaki ZX-25R sudahpun berada dalam senarai model bakal lancar tahun depan.

“Separuh pertama tahun depan bawa masuk ZX-25R.

“Kami juga tidak sabar nak perkenalkan model tersebut cuma belum pasti model itu akan dibawa masuk secara CKD or CBU,” katanya pada majlis sidang media.

Ninja ZX-25R didatangkan dengan enjin 249.8cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi sistem suntikan bahan api yang menjana kuasa 49hp @15,500rpm dan tork 22.9Nm @ 14,500rpm.

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan jenis basah multiklac. Untuk makluman, harga Kawasaki Ninja ZX-25R yang dilancarkan di Thailand dua tahun lalu sekitar RM36,000. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here