Dah dekat! Toyota Veloz bakal lancar suku keempat 2022 di Malaysia?

9358

Buat peminat Toyota, pastinya mereka tertunggu-tunggu kehadiran Toyota Veloz untuk pasaran Malaysia.

Namun ini mungkin berita baik buat mereka, kerana kami difahamkan ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Difahamkan ia akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini selepas Perodua melancarkan MPV baharunya menerusi model Alza.



Kekal nama Toyota Veloz

Dipercayai, MPV baharu itu akan mengekalkan namanya sebagai Veloz dan tidak ditukar kepada nama Avanza.

Laporan sebelum ini dikatakan MPV milik Toyota itu sudah pun memasuki barisan pengeluaran di Perodua.

Model yang siap pasang diletakkan di antara Perodua Alza dan jika diperhatikan secara terperinci gril dan lampu depan/belakang Veloz berbeza dengan MPV keluaran syarikat nasional itu. Rekaan gril dan lampu mirip dengan Veloz Indonesia. 

Difahamkan Toyota Veloz pasaran tempatan bakal ditawarkan dengan dua pilihan varian dan spesifikasi tambahan berbanding Alza. Sementara di Indonesia, Veloz ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu MT, Q CVT dan Q CVT TSS.

Selain itu, jika anda perhatian lampu belakang Veloz ditarik sepanjang pintu but berbanding Alza serba baharu yang menggunakan rekaan Daihatsu Xenia.

Sekali imbas kedua-dua model itu kelihatan sama yang membezakan adalah kemasan pada bahagian sisi dan bampar selain didatangkan dengan dua rona warna iaitu cat hitam pada  bumbung dan tiang belakang. 

Enjin 1.5 liter

Toyota Veloz dijana oleh enjin 1.5 liter yang menghasilkan kuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 137Nm @ 4,200rpm yang kemudian dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan manual dan CVT. Kemungkinan pasaran Malaysia hanya ditawarkan dengan transmisi CVT. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here