Penunggang motosikal maut leher dikelar tali layang-layang bersalut kaca

1192

Seorang lelaki di India maut dalam keadaan mengerikan selepas lehernya dikelar tali layang-layang bersalut serpihan kaca ketika menunggang motosikal di Uttar Pradesh, India pada Khamis lalu.

Polis Uttar Pradesh berkata, ketika kejadian Vipin Kumar, 35, yang menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya yang berusia 8 tahun dalam perjalanan menuju ke rumah kakaknya untuk menyambut perayaan Rakhi.

Tali layang-layang bersalut kaca ini popular digunakan di India walaupun diharamkan pihak berkuasa.

Ketika melalui satu jejambat di Taman Shastri mangsa terlanggar tali layang-layang bersalut kaca tajam yang putus lalu menghiris lehernya sebelum mangsa terjatuh dari motosikal.



Sebuah ambulans yang kebetulan berada berhampiran segera membawa mangsa ke hospital tetapi lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia sejurus tiba akibat kehilangan darah yang banyak.

Kejadian seperti itu bukanlah kali pertama berlaku di India dan banyak kes serupa yang membabitkan tali layang-layang bersalut kaca yang kebanyakkannya membawa maut.

Layang-layang adalah permainan tradisional popular di India dan pemain biasanya menyalut tali dengan serpihan kaca untuk memotong tali layang-layang pesaing.

Tali layang-layang yang putus itu akhirnya jatuh di jalan raya sekali gus menjadi umpama perangkap maut kepada pengguna jalan raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here