Pengacara program permotoran James May cedera kereta rempuh tembok

160

Pengacara program permotoran terkenal United Kingdom, James May dilaporkan cedera selepas kereta Mitsubishi Lancer Evo 8 yang dipandunya merempuh dinding ketika rakaman program Grand Tour terbitan Amazon.

May, 59, dilaporkan memandu kereta berkenaan dan berlumba dengan dua lagi pengacara, Jeremy Clarkson, 62, dan Richard Hammond, 52, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Kereta Mitsubishi Lancer Evo 8 yang dipandu May sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Menurut Mail Online, ketika rakaman program berkenaan tiga pengacara itu berlumba drag di dalam satu terowong di berhampiran sebuah pangkalan tentera laut di Norway.

Bagaimanapun, apabila tiba di garisan penamat, May terlambat untuk menekan brek menyebabkan kereta yang dipandunya merempuh satu dinding batu pada kelajuan hampir 120 kilometer sejam.

Impak rempuhan kuat itu menyebabkan kepala May terhantuk di stereng dan berdarah serta terpaksa dibawa keluar oleh pasukan paramedik yang sudah bersedia di lokasi.

May dibawa ke hospital dan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami patah tulang rusuk namun tiada kecederaan serius lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here