Lelaki dikecam basuh RXZ di balkoni kondominium

963

Yamaha RXZ mungkin motorsikal yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan harganya pula memang tidak masuk akal.

Perhimpunan RXZ Members yang berlangsung di Terengganu sudah cukup membuktikan pengaruh motosikal itu dalam arena pemotoran negara.

Kerana harganya yang mahal dan mempunyai peminatnya yang ramai menyebabkan pemilik RXZ bimbang motosikal kesayangan mereka itu dicuri hingga sanggup menyimpan kenderaan itu di dalam rumah.



Bagaimanapun, tindakan seorang lelaki yang memuat naik video membasuh motosikal RXZ di balkoni sebuah kondominium mencetuskan kecaman pengguna media sosial.

Video berkenaan dimuat naik di Tiktok sebelum tular di Twitter dan dikecam kerana dianggap tidak sensitif dengan jiran sekeliling.

Ramai pula berpendapatan tindakan lelaki itu ibarat ‘perangai flat bawa ke kondo’.

“Ini masti bawak naik motor guna lif. Menyusahkan orang lain,” kata seorang pengguna.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here