Froggy Beachstar kereta elektrik paling “cool”

433

Sekiranya anda rasa rekaan kereta elektrik semakin membosankan, anda mungkin berubah fikiran apabila melihat kereta terbaru keluaran syarikat Dartz Motorz dari Latvia ini.

Dartz Motorz terkenal dengan mengeluarkan kereta berperisai yang digunakan ahli politik dan selebriti.

Baru-baru ini syarikat itu melancarkan jabatan kenderaan elektrik dikenali sebagai Freze.



Kereta elektrik terbaru keluaran syarikat itu dikenali sebagai Froggy Beachstar, kenderaan dua tempat duduk tanpa bumbung dengan warna yang menarik.

Froggy Beachstar yang kelihatan seperti kereta untuk bersiar-siar ditepi pantai ini mempunyai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam dan mampu bergerak sejauh 300 kilometer.

Dijual pada harga bermula £17,000 (RM91,738) kereta comel ini turut didatangkan dengan versi pemanduan sebelah kanan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here