PM kagum dengan sokongan dan penyertaan luar biasa Perhimpunan RXZ Members 4.0

1118

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bersama-sama anak-anak muda ‘riders’ sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip hari ini. 

Menurutnya, beliau kagum melihat sokongan dan penyertaan luar biasa anak-anak muda yang sanggup meredah hujan dan panas menunggang ‘jentera retro’ sama ada secara berseorangan atau berkonvoi.

Katanya, semangat RXZ sentiasa membara di jiwa, namun keselamatan perlu sentiasa diutamakan.



Keluarga Malaysia

“Seronok saya tengok kebersamaan Keluarga Malaysia di sini, mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang. Kita cari persamaan dan ketepikan perbezaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada peserta ketika pulang daripada acara berkenaan.

“Ingat anak-anak, jaga keselamatan sungguh-sungguh, jangan buat aksi “superman” atau berlumba, tetapi pulang baik-baik, kerana insan tersayang menanti kepulangan anda,” katanya.

Kelab RXZ Members itu idea daripada enam orang anak muda yang juga anak jati kampung di Kuala Terengganu pada 2016.

Bina litar drag

Sementara itu Ismail Sabri berkata, bagi memperkasakan program pembangunan sukan permotoran di negara ini, Kerajaan bersetuju untuk membina sekurang-kurangnya sebuah litar drag untuk drag race di setiap negeri.

“Cadangan ini akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini,” katanya.

Menurutnya, dengan pembinaan litar itu kelak, sudah tentu akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here