Pelitup Muka tidak lagi wajib di pakai sewaktu menaiki Kapal terbang – KKM

464

Pelitup Muka (mask) tidak lagi wajib untuk dipakai sewaktu menaiki kapal terbang.

 

Kelonggaran tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. 



Pihak KKM telah mengeluarkan satu kenyataan yang berkuatkuasa serta merta hari ini 28 September 2022.

Dalam kenyataan tersebut KKM telah melonggarkan syarat pemakaian pelitup muka sewaktu menaiki kapal terbang. 

Ini berdasarkan kajian situasi semasa Covid-19 dan juga mengambilkira keperluan terkini. 

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat setelah mengambilkira penambahbaikan dalam teknoloji kapal terbang dan juga beban kes Covid-19 di negara kita lebih terkawal. 

Empat faktor utama di dalam sistem penerbangan jelas menunjukkan betapa syarikat-syarikat penerbangan memandang serius langkah-langkah pencegahan penyakit Covid-19.

Ini demi memastikan penumpang dan krew mereka terselamat dari wabak tersebut.

1. Pengudaraan yang baik di dalam kabin.

2. Susunan tempat duduk  ke hadapan.

3.Kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.

4. Pengunaan penapis High Effiency Particulate(HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara.

Namun keperluan memakai pelitup muka di dalam kapal terbang tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

 
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here