Kedai cuci kereta pilih pelanggan Singapura diarahkan tutup

1126

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan kedai mencuci kereta di Taman Pelangi, Johor Bahru ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, selain itu, pihaknya turut mengenakan kompaun dan menyita peralatan di premis berkenaan.



“Pengusaha juga dinasihati supaya mematuhi syarat yang ditetapkan. MBJB melakukan operasi daripada semasa ke semasa bagi memantau operasi kedai cuci kereta,” katanya.

Sebelum ini, Motoqar pernah mengeluarkan berita sebuah pusat mencuci kereta memilih pelanggan Singapura seperti mana yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok.

Rupanya kedai mencuci kereta tidak memiliki lesen dan perbuatan itu kakitangan kedai berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:  https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here