JPJ sahkan Honda Civic Hybrid milik Shahrir Ab Samad

1458

Seorang Penolong Pengarah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan Honda Civic Hybrid berwarna putih adalah milik bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad.

Penolong Pengarah JPJ, Zaharudin Zainuddin, 51 berkata kereta tersebut didaftarkan atas nama Shahrir pada 31 Disember 2013.



“Saya sahkan dokumen ini dikeluarkan melalui Sistem Online JPJ MySikap dan saya sahkan ia milik Shahrir yang beralamat di Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor.

“Kenderaan buatan Honda model Civic Hybrid berwarna putih adalah kenderaan persendirian-motokar individu,” kata saksi pendakwaan ke-19 itu ketika membaca pernyataan saksinya.

Pada Ogos lalu, mahkamah diberitahu, Shahrir membuat membuat bayaran secara ‘lump sum’ bagi pembelian Civic Hybrid berjumlah RM118,485 menggunakan sekeping cek sembilan tahun lalu.

Gambar hiasan

Rozana Khalid, 43, yang merupakan Eksekutif Akaun di Sutera Auto Sdn Bhd Johor Bahru berkata beliau terlibat dalam proses penutupan akaun bagi pembelian kenderaan Honda Civic Hybrid yang dibeli oleh pembeli iaitu Shahrir.

Sebelum itu saksi pendakwaan keenam Nurrul Hafizah Md. Roslan, 40, yang merupakan eksekutif pentadbiran di tempat penjualan kereta sama beliau telah menyediakan invois (pembelian kereta) selepas dimaklumkan bahawa urusan pembayaran serta pendaftaran kenderaan itu (Honda Civic) dengan JPJ selesai selain menerima fail pembelian.

Perbicaraan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung lagi esok.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat manakala peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah mewakili Shahrir.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here