Berita Global

Baru pandu 938km dah pelbagai masalah, pemilik pecahkan Ford Everest bernilai RM182k

Seorang wanita menghentak cermin depan sebuah Ford Everest menggunakan besi di Korat, timur laut Thailand, Khamis lalu dengan berkata mahukan ‘keadilan, bukan perhatian’. Ahli perniagaan wanita berusia 42 tahun, Runghathai memanjat bonet depan lalu memecahkan cermin susulan perselisihan berterusan antara...

Berhutang RM160 juta dengan pelabur, aset ‘King Crypto’ dirampas termasuk Lamborghini dan McLaren

Gara-gara didakwa menipu pelabur, aset milik seorang pemuda warga Kanada yang menggelar dirinya sebagai "Raja Crypto" dirampas. Aiden Pleterski didakwa menjalani hidup mewah dan memiliki 11 buah kenderaan namun setakat ini yang ditemui hanyalah Lamborghini, dua McLaren, dan dua BMW...

Honda minta pekerja pulangkan kembali bayaran bonus ‘terlebih’

Pekerja Honda di kemudahan Marysville, Ohio menerima bayaran bonus berlebihan daripada yang seharusnya diterima. Justeru itu, pihak syarikat meminta kakitangan memulangkan kembali bayaran tambahan berkenaan dan mengakui kesilapan tersebut.  "Awal bulan ini Honda menyediakan pembayaran bonus kepada syarikat sekutunya, sebahagian daripada mereka...

Pemuda ini pecah rekod dunia pandu secara mengundur sejauh 16km

Pelbagai cara digunakan individu untuk mencipta rekod baharu salah satunya lelaki India ini yang memandu secara mengundur. Pemuda itu mencipta rekod dunia baharu memandu sejauh 16km (140 meter) menggunakan gear undur selama 29 minit 10 saat. Chandramouli, 35 melakukan aksi berkenaan...

Honda CBR250RR (2022) lebih berkuasa lancar di Indonesia, harga mula RM19k

PT Astra Honda Motor (AHM) memperkenalkan Honda CBR250RR baharu menerusi tawaran enjin lebih bertenaga. Sportbike itu masih lagi mengekalkan Total Control sebagai DNA CBR Series yang merangkumi kelajuan, prestasi tinggi motor lumba dan ciri peralatan termaju. Honda CBR250RR (2022) didatangkan dengan tiga...

Hadiri pengebumian Ratu Elizabeth II, Sultan Brunei pandu sendiri SL65 AMG

Pemimpin dunia, orang kenamaan dan kerabat diraja dari Eropah, Asia, Afrika dan Amerika menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II, pada Isnin.  Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom menjadi akhir dari Operation London Bridge setelah baginda mengembuskan...

Terkunci dari luar bateri mati, pemilik Tesla terkejut perlu bayar RM118k ganti baharu

Pemilik Tesla tidak dapat membuka keretanya susulan kehabisan bateri dan bagi menggantikan komponen tersebut dia perlu membayar AS26,000 (RM118,508). Terkejut dengan kos tersebut, Mario Zelaya berkongsi kisah itu di akaun TikTok miliknya yang menggelarkan Model S berkenaan sebagai 'sampah' gara-gara...

Agong, permaisuri naik bas khas hadiri Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menaiki bas bersama Baginda Raja-Raja dan Ratu-Ratu serta ketua-ketua negara asing. Keberangkatan baginda berdua itu bagi menghadiri Istiadat...

Polis Rusia tahan geng elit pamer kereta mewah, tidak sensitif kesusahan rakyat

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil Vladimir Putin tidak peduli dengan rakyatnya yang kaya. Puluhan orang kaya Rusia ditahan selepas mengadakan acara himpunan kenderaan eksotik di Moscow, Rusia dan lebih daripada 170 kenderaan disita. Himpunan yang dianjurkan sekitar bulan Ogos...

Ducati Monster SP – Ini perbezaan varian paling ringan dan lincah segmen naked itu

Sempena Ducati World Première 2023, Ducati mempersembahkan Monster SP yang memberi keunikan kepada motosikal naked jenama Itali itu. Varian baharu itu adalah tambahan kepada model Monster yang dikeluarkan pada 2021. Ia mewakili semua intipati Ducati dalam bentuk yang paling padat...

MEDIA SOSIAL

150,296FansLike
1,048FollowersFollow
11,000FollowersFollow
4,390SubscribersSubscribe