Pemuda ini pecah rekod dunia pandu secara mengundur sejauh 16km

790

Pelbagai cara digunakan individu untuk mencipta rekod baharu salah satunya lelaki India ini yang memandu secara mengundur.

Pemuda itu mencipta rekod dunia baharu memandu sejauh 16km (140 meter) menggunakan gear undur selama 29 minit 10 saat. Chandramouli, 35 melakukan aksi berkenaan di Edappadi Bypass, daerah Salem.



Chandramouli berjaya memecahkan rekod Tesson Thomas, 22 dari Pathanamthitta, Kerala sejauh 14.3km dalam masa 30 minit. 

Dia berkongsi lehernya berasa sakit kerana perlu sentiasa memandang ke belakang sepanjang pemanduan. 

Sebelum ini, rekod Guinness World Book of Records memandu secara mengundur dipegang oleh Brian ‘Cub’ Keene dan James ‘Wilbur’ Wright dari Amerika Syarikat. 

Kedua-duanya memandu Chevrolet Blazer sejauh 14,534 km selama 37 hari antara 1 Ogos dan 6 September 1984. Menurut rekod, Keene dan Wright memandu melalui 15 negeri di Amerika dan juga sebahagian Kanada.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here