Risalah Yamaha RX-Z baharu tular di media sosial, betulke akan ada model baharu?

1979

Sejak kebelakangan ini tular di media sosial risalah sebuah model yang dipercayai Yamaha RX-Z serba baharu.

Sebenarnya berita tentang kemunculan model baharu RX-Z bukanlah baru yang mana ura-ura kedatangan model itu hangat diperkatakan sejak tahun lalu.



Umum mengetahui lebih daripada 10 tahun Yamaha RX-Z vakum di pasaran susulan enjin 2-lejang tidak lagi mematuhi regulasi emisi yang ditetapkan. 

Justeru itu, bagi mematuhi regulasi Euro5 dikatakan RX-Z baharu akan menggunakan enjin 4-lejang dengan nama RX150Z.

Bagaimanapun, berdasarkan informasi yang kami tahu buat masa ini tidak akan ada model baharu Yamaha RX-Z. 

Bahkan imej yang digunakan pada risalah dengan tagline Penjana Semangat itu merupakan versi yang disunting menggunakan model replika RX-Z di pasaran India.  

Lebih mencuit hati, ekzos yang digunakan mirip dengan Honda EX-5. Tidak sangka pula ramai yang percaya.

Sekiranya pihak Yamaha ingin mengembalikan semula model legenda berkenaan banyak pembaharuan yang perlu dilakukan terutamanya janakuasa atau mereka boleh pertimbangkan teknologi enjin 2-lejang pembangunan anak tempatan, AZR Technologies.

Selain daripada itu, rangkaian produk baharu ditentukan oleh Yamaha Motor Corporation (YMC) dan tidak ada sebab yang kukuh untuk mereka melangkah ke belakang. Tambahan, pengeluar masa kini sedang menuju ke teknologi hijau.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here