Enjin 2-lejang moden pertama made in Malaysia lebih cekap pembakaran dan rendah emisi!

24231
Satu ketika dahulu enjin 2-lejang ini begitu popular dalam kalangan pengguna dua roda Malaysia pada era 80-an dan 90-an.
 
Bagaimanapun enjin ini sudah tidak relevan pada masa kini ditambah dengan regulasi emisi yang semakin ketat. Tambahan sebelum ini Jabatan Alam Sekitar mewajibkan piawaian asap Euro 3 untuk proses Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) bagi motosikal. 
 
Yamaha TZM antara motor yang menggunakan enjin 2-lejang
Bagaimanapun, teknologi hasil rekaan anak muda yang dikongsi oleh Facebook Dr Aid Fawzal ini mungkin boleh mempertimbangkan semula kemunculan enjin 2-lejang.
 
Jelasnya, syarikat  AZR Technologies yang menghasilkan enjin 2-lejang yang pertama di Malaysia itu memerlukan suntikan dana.
 
Pertemuan itu adalah menerusi sesi pitching di portal pitchin.my. Idea pembentangan syarikat tersebut menarik perhatian kerana mereka membangunkan sebuah enjin 2-lejang berkecekapan tinggi untuk kegunaan penerbangan dan automotif.
 
Azrai Razuan bersama enjin prototaip dua lejang empat silinder berkonfigurasi V (V4).
Enjin dengan kod AZR8 itu bukanlah seperti enjin 2-lejang lama yang menghasilkan bunyi bingit dan kepulan asap. Tetapi ia merupakan versi lebih moden yang mana pengurangan pengeluaran emisi dan cekap pembakaran.
 
“Siapa yang kenal enjin 2-lejang pasti tahu yang kebaikan utama enjin ini adalah ia ringan dan dapat menghasilkan dua kali ganda kuasa daripada enjin 4-lejang.
 
“Ini memberikan power-to-weight ratio yang baik dan akan menjurus kepada penggunaan bahan api yang rendah,” tulisnya.
 
Pihak AZR Technologies yakin teknologi 2-lejang moden ini adalah masa depan untuk enjin pembakaran dalaman. Bahkan peneraju AZR Technologies, Azrai Razuan memiliki pengalaman bekerja dengan beberapa syarikat pemotoran terkemuka.
 
Dibawah adalah gambar peneraju AZR Technologies, En. Azrai Razuan bersama enjin 2 lejang 4 silinder berkonfigurasi V (V4) prototaip mereka. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here