Honda minta pekerja pulangkan kembali bayaran bonus ‘terlebih’

1340

Pekerja Honda di kemudahan Marysville, Ohio menerima bayaran bonus berlebihan daripada yang seharusnya diterima.

Justeru itu, pihak syarikat meminta kakitangan memulangkan kembali bayaran tambahan berkenaan dan mengakui kesilapan tersebut. 

“Awal bulan ini Honda menyediakan pembayaran bonus kepada syarikat sekutunya, sebahagian daripada mereka menerima lebihan bayaran.

“Isu  berkaitan dengan pampasan adalah perkara yang sensitif, dan kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini untuk meminimumkan kebarangkalian impak kepada rakan sekutu kami,” kata jurucakap Honda, Chris Abbruzzese. 

Tetapi bukan mudah untuk melepaskan wang. Sepasang suami isteri yang bekerja di kemudahan berkenaan enggan mengembalikan hampir lapan peratus bayaran lebihan bonus yang diterima.

Jom Baca:   Honda e sudah sedia untuk produksi? Harga anggaran RM135k

Menurut mereka, nilai berkenaan bersamaan dengan separuh daripada bayaran pinjaman kereta dan perbelanjaan bulanan barangan runcit.

“Itu banyak buat kami,” kata pasangan tersebut.

Menerusi memo yang dihantar kepada pekerja, syarikat memberi pilihan kepada pekerja untuk memulangkan bonus tersebut dalam tempoh sembilan hari atau ditolak daripada gaji mahupun bonus akan datang.

Seperti mana pengeluar lain, Honda turut mengalami tahun yang sukar akibat isu rantaian bekalan kerana pandemik. Namun, berdasarkan laporan pendapatan terbaharu, syarikat merekodkan prospek keuntungan optimistik hasil rangsangan nilai Yuan China yang lemah.

Jom Baca:   Kelibat model misteri Proton dikesan, bakal ada sedan baharu?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here