Baru pandu 938km dah pelbagai masalah, pemilik pecahkan Ford Everest bernilai RM182k

17840

Seorang wanita menghentak cermin depan sebuah Ford Everest menggunakan besi di Korat, timur laut Thailand, Khamis lalu dengan berkata mahukan ‘keadilan, bukan perhatian’.

Ahli perniagaan wanita berusia 42 tahun, Runghathai memanjat bonet depan lalu memecahkan cermin susulan perselisihan berterusan antara Ford Thailand sejak Mac.



Runghathai berkongsi berdepan dengan pelbagai masalah walaupun odometer kurang daripada 1,000km.

Apabila kereta mula bermasalah dia membawanya ke pusat servis untuk baikpulih namun tidak dibaiki dan membawa isu tersebut ke Tribunal Pengguna Nakon Ratchasima.

Sementara itu, Ford Thailand menyalahkan Ranghathai kerana pemasangan aksesori pembersih udara yang menjejaskan sistem pemantauan tekanan tayar.

Ranghathai berkongsi pernah mengalami kemalangan kereta yang teruk jadi dia ingin membeli kereta dengan sistem keselamatan terkini dan memilih Ford Everest selepas membaca beberapa ulasan yang bagus.

Dia membayar wang pendahuluan ฿1.48 juta (RM179,487) pada 2 Februari lalu namun dalam tempoh sebulan dengan rekod perbatuan 938km kereta mula bermasalah.

Pada 4 Mac, dia membawa kereta yang masih di bawah waranti ke pusat servis tetapi mekanik memaklumkan masalah tidak dapat diselesaikan tanpa mencabut sistem penapis udara yang dipasang. 

Pusat servis menetapkan temu janji untuk ‘pembaikan menyeluruh’ dari 11 pagi hingga 6.45 petang pada 9 Mac. Bagaimanapun, Ranghathai berkata dia tidak boleh pergi tanpa kereta.

Keesokan harinya, Ranghathai pergi ke tribunal pengguna melaporkan masalah dan meminta kereta baharu atau bayaran semula. Pihak tribunal mengatur pertemuan dengan Ford untuk menyelesaikan masalah pada 25 Julai namun tiada penyelesaian. 

Kemudian, mereka menetapkan temu janji baharu pada 22 September dan Ford memaklumkan Ranghathai keretanya boleh dibaiki dan tidak akan menerima model baharu.

Terkejut dan kecewa, Ranghathai berkata penasihat undang-undang menuduhnya merampas kunci ketika mekanik belum selesai mengetatkan skru dan masalah berpunca daripadanya.

Ketika itulah Ranghathai bertindak memecahkan kereta itu dan dia berharap tindakan itu akan menghebahkan kisahnya dan meyakinkan Ford Thailand untuk menggantikan keretanya.

”Saya dah cuba berunding dengan mereka banyak kali tetapi pusat servis tidak memberikan kerjasama. Apabila mereka menyalahkan saya, sakit telinga dibuatnya.

”Orang tidak faham apa yang saya hadapi, saya boleh jadi gangsterlah pecahkan kereta dan baiki sendiri. Saya tidak mahu popular, hanya keadilan,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here