Pemilik Tesla tidak dapat membuka keretanya susulan kehabisan bateri dan bagi menggantikan komponen tersebut dia perlu membayar AS26,000 (RM118,508).
@supermariozelaya Replying to @NoMoreBoobSweat I couldn’t agree more. People need to wake up. I got contacted by someone suing Tesla for an almost identical problem to mine. I’m going to see if I can help them in their court case. Looking back, I would have had an extra $3mm if I bought the stock instead of the car. 😂 #tesla #car ♬ original sound – Mario Zelaya
Zelaya berkata pemilik Tesla lain turut berkongsi menghadapi masalah bateri dan pihak Tesla membatalkan kredit Uber pemilik ketika kenderaan diservis.
@supermariozelaya My opinion: Tesla shut down my car over the air because my videos after refusing to pay for a new battery. #tesla #car
“Tesla cuba menyembunyikan masalah tersebut. Mereka tidak akan memberi penjelasan mengapa bateri mati,” jelasnya.
Dia juga mendakwa apabila kenderaan dihantar untuk penyelenggaraan, kakitangan servis tidak melakukan pemeriksaan pada bateri.
Alasannya pusat servis tidak mempunyai insentif untuk berbuat demikian. Zelaya berkata dia ingin menjual kereta elektrik (EV) berkenaan namun tergendala kerana geran kereta berada dalam kereta.
Dia terpaksa mengeluarkan wang AS30 (RM137) untuk mendapatkan geran baharu dan menjelaskan sudah serik dengan jenama berkenaan.
“Mereka adalah kereta yang kejam, pembuatan yang kejam, dan lebih teruk lagi sebuah syarikat berusia 10 tahun,” jelasnya.
Dalam video lain yang dikongsi, Zelaya berkata dia sudahpun menjual kereta berkenaan dan itu adalah kali terakhir dia memilih jenama Tesla.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar