Mugen mula jual KIT untuk Honda Civic Type-R di Jepun

3107

Mula dijual di Jepun bulan ini, Mugen kit yang mudah dipasang itu sebenarnya pernah dipamerkan pada acara Malaysia di MAEPS Serdang, April lalu.Mugen

Pemilik FK8 boleh mendapatkan kemasan gril hadapan gentian karbon pada harga AS$800 (RM3,308). Jika bukan gentian karbon harganya 50 peratus lebih murah. 

Sementara chin spoiler yang boleh dipasang pada bampar sedia ada berharga AS$350 (RM1,447). Ia kemudian dipadankan dengan skirting sisi dan peresap udara di belakang pada harga AS$1,000 (RM4,135).



Jika masih belum cukup, anda boleh membeli rim bersaiz 20 inci pada harga AS$1,500 (RM6,203). 

Selain itu, Mugen juga ada menawarkan lampu belakang pada harga AS$800 (RM3,308). Di samping beberapa aksesori kecil seperti karpet lantai, pelapik ruang kargo dan sebagainya. Mugen

Untuk ruang kabin, perubahan yang dapat dilihat adalah penggunaan material gentian karbon pada pintu dan papan pemuka. Sementara tombol gear dibalut dengan kulit berwarna merah terang. 

Begitu juga dengan ekzos yang masih lagi kekal dengan tiga tip standard berbanding versi Mugen menampilkan hanya dua tip. Walau bagaimanapun, rim 20-inci dengan tayar 245/30ZR20 dan nat-nat dari Mugen seperti RC20GT diterima oleh kereta ini, bersama cakera-cakera brek yang ditebuk.

Warna badan juga berbeza di mana unit prototaip yang muncul di TAS 2019 adalah berwarna Championship White, manakala versi konsep di Malaysia ini pula adalah berwarna Carnival Red. Versi ini turut tampil dengan pelekat jalur sisi badan Mugen yang hampir sama seperti RC20GT.

Mugen Motorsports sebenarnya bukan calang-calang firma, memandangkan sebelum ini mereka jualah yang membangunkan model prestasi khusus Honda Civic FD2 Type R Mugen RR pada tahun 2007.

Sedan Type R FD2 merupakan antara sedan paling cantik pernah dihasilkan oleh Honda, dan dengan elemen prestasi daripada Mugenn. 300 unit Mugen RR tersebut habis terjual dalam masa 10 minit sahaja!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here