Ford, Volkswagen bentuk pakatan pemanduan automatik

1181

DETROIT: Ford Motor Co dan Volkswagen AG membentuk pakatan lebih kukuh, termasuk menjalin kerjasama dalam unit pemanduan automotik Ford, Argo AI, sekali gus membina semula keseimbangan kuasa dalam segmen berkenaan.

Kerjasama Ford-VW dengan Argo, syarikat pemula niaga berpangkalan di Pittsburgh yang menerajui pembangunan pemanduan automotik sejak 2017. Akan membantu mengurangkan beban kewangan dan teknologi kedua-dua pengeluar.

Ia juga akan mempercepatkan jadual penempatan kedua-dua syarikat yang memiliki rancangan untuk mengeluarkan kenderaan pemanduan automotik pada 2021.



Argo agak ketinggalan berbanding Waymo, iaitu anak syarikat pemanduan automotik. Yang memperkenalkan model robo-van dan anak syarikat General Motors Co, Cruise Automation yang membuat pelaburan berbilion dolar.

Melalui VW, syarikat pengeluar kenderaan terbesar dunia dari segi jumlah jualan tahun lalu, Argo boleh dilaraskan dengan rakan niaga yang memiliki penyumberan dan skala lebih besar.

Ford dan VW, berkata ia mengukuhkan pakatan global dan dua ketua eksekutif syarikat berkenaan dijangka mengadakan sidang media di New York. Di mana mereka dijangka mengumumkan butiran lanjut mengenai perjanjian perkongsian teknologi.

Perjanjian Ford-VW yang membabitkan Argo juga akan memberi kesan kepada pakatan sama termasuk penilaian ke atas syarikat pemula niaga berkaitan.

Ford Volkswagen

Jangkaan awal mendapati nilai Argo berada pada paras A$2 bilion (RM8.2 bilion) hingga AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Nilai berkenaan boleh mencecah AS$7 bilion (RM28.8 bilion), bergantung kepada saiz pelaburan VW, demikian menurut sumber yang terbabit dengan perbincangan Ford-VW.

Secara perbandingan, nilai Cruise melonjak kepada AS$19 bilion (RM78.1 bilion) awal tahun ini selepas ia berjaya menarik pelaburan lebih AS$6 bilion (RM24.7 bilion) dari SoftBank Group, Honda Motor Co dan T. Rowe Price.

Nilai syarikat perkhidmatan kenderaan, Uber Technologies Advanced Technologies Group menokok lebih AS$7 bilion (RM28.7 bilion). Awal tahun ini selepas SoftBank, Toyota Motor Corp dan Denso Corp melabur AS$1 bilion (RM4.1 bilion).

Penilaian berkenaan adalah kurang jelas dengan anggaran Waymo, yang dikenali sebagai peneraju sektor.

Morgan Stanley menilai Waymo sehingga AS$175 bilion (RM719.6 bilion), manakala Jefferies menilai syarikat berkenaan sehingga AS$250 bilion (RM1.02 trilion).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here