Ini spoiler terbesar dipasang pada Toyota Supra A90 baharu

2898

Toyota Supra A90 didatangkan dengan spoiler kecil, ia mengundang “keriuhan” di laman-laman sosial dan forum internet. Ini adalah satu perkara yang menjadi buah mulut peminat dan pengikut selain dari hakikat bahawa jentera ini adalah hasil kerjasama dengan BMW.

Tidak seperti Toyota Supra Mk4 sangat popular kepada peminat automotif pada suatu masa dahulu, kerana banyak perkara seperti enjin yang sangat berkebolehan dan mudah ditala, pengendalian yang baik, dan spoiler belakang besar yang sinonim dengan namanya.



Jangan risau kerana geng aftermarket ada, walaupun ia agak besar dari biasa. Kini, Toyota Supra A90 disertakan dengan spoiler yang lebih besar dari spoiler asalnya. Okay, ia agak besar hingga nampak jentera ini ini kurang seimbang.

Sampel Toyota Supra ini dihasilkan oleh Autotuned – sebuah tuner dari California yang akan mempamerkan Supra ini di booth Eneos pada acara Formula Drift di Irwindale.
 

Apa pendapat anda mengenai Supra dengan spoiler lebih besar ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here