Nissan pertontonkan konsep Ariya – TMS2019

170

Nissan telah mendedahkan konsep crossover elektrik iaitu Nissan Ariya di Tokyo Motor Show. menurut Nissan, model ini “menandakan penambahbaikan sepenuhnya reka bentuk jenama”.

 

Spesifikasi luaran

Jentera ini berukuran 4.6m panjang dan 1.92m lebar, sedikit lebih pendek tetapi lebih luas daripada Nissan X-Trail yang terkini. Syarikat pengeluar kereta itu menyatakan bahawa model ini menandakan “permulaan era baru untuk Nissan ketika ia memulakan penerangan semula falsafah jenamanya untuk fasa evolusi kereta yang seterusnya”.

Nissan juga menyatakan bahawa “gaya berani dan unsur dalaman dan luaran biasa yang tidak konvensional” dapat diterapkan dalam pengeluaran yang akan datang. 

Bercakap pada sidang akhbar, bos reka bentuk Nissan, Alfonsa Albaisa berkata: “Ariya menggambarkan satu arah reka bentuk sepenuhnya yang baru untuk Nissan dan ia adalah cara kami meraikan budaya Jepun yang tersendiri.

“Di bahagian depan, Ariya memperlihatkan petunjuk yang kuat tentang reka bentuk EV masa depan kami, dan pada bahagian dalam, anda boleh melihat platform EVP baru yang telah disediakan daripada kami.”

Ariya jelas sekali mengambil inspirasi dari konsep crossover elektrik Nissan sebelumnya, seperti IMx dan IMs, tetapi menyediakan lebih banyak ciri-ciri yang menarik. Lampu LED nipis digabungkan dengan gril, reka bentuk ‘V-motion‘  dengan logo yang diterangi dan corak geometri. Ia menyembunyikan sejumlah pengesan untuk sistem autonomi kereta.

C-pillar yang menarik memberikan Ariya satu profil SUV-coupe. Nissan menyatakan bahawa cat Suisei Blue kelihatan seperti matte dari jauh, tetapi serpihan kaca yang terbenam menghasilkan pembiasan cahaya dekat. Warna tembaga juga digunakan pada bumbung dan roda diamana ia merupakan butiran yang akan ditawarkan oleh Nissan pada EV masa depannya.

 

Spesifikasi dalaman

Pada ruangan dalam, terdapat susun atur minimalis, dengan butang hanya digunakan untuk kawalan penyaman udara dan butang start, bersama dengan rotary dial dengan paparan 12.3-inci. Kerangka bingkai nipis meningkatkan jarak penglihatan dan ruang, manakala tempat duduk belakang diposisikan untuk memastikan pemandangan yang menarik untuk semua penumpang.

Nissan juga mempamerkan sistem separuh autonomi terbaru dengan Ariya. Teknologi ProPILOT 2.0 membolehkan pemandu “mengendalikan keupayaan pemanduan satu lorong” dengan semasa memandu, sistem ini boleh menilai tempat yang sesuai berdasarkan data navigasi.

Teknologi selanjutnya termasuk keupayaan untuk menyelaraskan jadual pemandu untuk memanaskan atau menyejukkan kereta untuk suatu perjalanan, Virtual Personal Assistant,  dan kemas kini over-the-air. Ia menyokong Nissan Energy, satu fungsi yang membolehkan kereta menjadi kuasa rumah atau bahkan mengembalikan tenaga bateri kembali ke grid apabila diperlukan.

Nissan tidak memperincikan mengenai powertrain elektrik kereta yang dipanggil “sistem pemacu elektrik 100% yang berprestasi tinggi”. Ia menggunakan motor berkembar, satu dipasang pada setiap gandar, untuk menyampaikan semua pemacu roda dan kuasa “sama atau lebih baik daripada kebanyakan kereta sport premium”. 

Komen anda mungkin membantu