MiniGP SIC bawa impian pelumba muda ke MotoGP

1498

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memperkenalkan program Kejohanan MiniGP SIC bagi memastikan pelumba Malaysia meraih peluang lebih pantas beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP).

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, program yang terbuka kepada barisan pelumba berusia 8 hingga 13 tahun itu mempunyai laluan lebih jelas untuk seseorang pelumba memenuhi impian ke MotoGP.



“Apabila kami memperkenalkan Program Impian ke MotoGP sebelum ini yang memfokuskan usia antara 13 hingga 15 tahun, kami mendapati permulaan usia itu sudah agak lewat untuk memberi pendedahan kepada pelumba.

 

“Sebab itu kali ini kami memberi fokus kepada pelumba berusia antara 8 hingga 13 tahun bagi memberikan pendedahan lebih awal kepada mereka,” katanya pada sidang media, hari ini.

Jelas Razlan, program MiniGP SIC ini terbuka kepada semua pelumba muda yang berbakat dengan tarikh akhir pendaftaran pada 30 November depan. Kemudian katanya, setiap peserta akan melalui proses pemilihan pada Disember dengan hanya 20 pelumba berbakat dipilih.

“Pelumba yang terpilih ini akan beraksi sebanyak lima pusingan perlumbaan di beberapa litar di negara ini dengan tiga pelumba terbaik berpeluang beraksi di pentas lebih tinggi,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here