Malaysia 4×4 Mega Jamboree bakal satukan pelbagai spesies kenderaan 4×4

2066

Bersempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan cuti persekolahan, pihak Forward Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengadakan satu himpunan yang dinamakan Malaysia 4×4 Mega Jamboree dari seluruh Malaysia dan Thailand di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah pada 20 sehingga 22 Disember 2019.

Dengan Tema “Penyatuan Dalam Kepelbagaian”, program ini akan menyaksikan lebih 1,000 kenderaan 4×4 dari pelbagai model, jenis dan kategori akan bergabung untuk tujuan kebajikan dan semangat permotoran 4×4.



Tajaan

Program anjuran kerjasama Kelab Kembara Lasak 4×4 dan ditaja oleh Monster Rims Malaysia ini akan berlangsung selama tiga hari ini akan berkisar kepada 3 teras utama iaitu kebajikan, pertandingan dan riadah.

Tiga teras ini akan diisi dengan lima acara sampingan antaranye charity drive, travel hunt, autoshow, urban trial challenge, autokhana dan pelbagai aktiviti riadah yang menarik.

Dijangka juga pelbagai jentera dair negara jiran yang menarik dan jarang dijumpai akan turut memeriahkan acara.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam industri automotif Malaysia antaranya Toyo, Silverstone, Pertamina, Kinto, Radar, Monsta, Rymax, Ultra Racing dan Auto Galeri yang akan mengambil bahagian dan membuka booth jualan dan prkhidmatan.

Beberapa jenama produk dan aksesori kereta yang lain turut berada sepanjang karnival ini berlangsung.

Menurut Dato Hj Mohd Zohdi, Dato Bandar Alor Setar, pihak Majlis Bandaraya sangat mengalu-alukan program seumpama ini kerana ianya dapat memberi suntikan kepada ekonomi tempatan terutamanya pengiat industri pelancongan di Alor Setar. Menurut beliau lagi, program ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal disambut meriah dalam masa tidak lama lagi.

Pengerusi FORWARD KEDAH, En Khairil Hanafi berkata, selaku NGO yang memperjuangkan industri pelancongan di tanah besar Kedah, program ini bukan sahaja dapat mengumpul peminat-peminat kenderaan 4×4 dari seluruh negara tetapi ianya juga bakal memberi impak ekonomi kepada pengusaha industri pelancongan di Bandaraya Alor Setar termasuklah pengusaha hotel dan homestay.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan keseluruhan Karnival ini boleh didapati daripada laman media sosial rasmi Malaysia 4×4 Mega Jamboree 2019 atau 019-4951285.

Laporan dan foto oleh: Raziman SiPico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here