Lagi mangsa ‘copy ori’, Toyota Tundra jadi Tundar di China

2412

Sino Vehicle Hub Co (SVH) baru-baru ini mendedahkan trak pikap Toyota Tundra versi China yang dikenali sebagai ‘Tundar’.

Ini bukanlah pertama kali produk pengeluar sedia ada di pasaran menjadi mangsa ciplak syarikat kenderaan di China.

Isu produk tiruan sudah sinonim dengan China kerana negara tersebut tidak memiliki akta perlindungan mahupun undang-undang mengenai hak cipta paten.



Daripada segi penampilan tidak jauh berbeza menerusi rekaan gril depan sehinggalah ke lencana model di belakang.

Trak mini Tundar tersebut didatangkan dengan enjin aspirasi semulajadi 1.0 liter 3-silinder yang dibekalkan oleh Isuzu manakala Toyota Tundra dijana oleh enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar.

Saiz enjin yang kecil memerlukan kerja keras mengambilkira saiz badan jentera berkenaan. Penghantaran kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi manual 5-kelajuan bahkan pecutan maksimum hanyalah 100kmj.

Saiz pintu yang kecil membuatkan anda tertanya adakah mudah untuk masuk ke dalam kabin. Walaupun pemilihan rim 13-inci tidak begitu sesuai dengan trak pikap berkenaan namun ia kelihatan comel.
 

Sementara itu, pihak pengeluar cuba mengetengahkan fungsi kenderaan utiliti dan padanan kemasan mewah yang mana terdapat banyak kemasan plastik.

Rekaan tuil gear kelihatan seperti berasal dari trak lama, tetapi ia mendapat rekaan corong pendingin hawa seperti Mercedes-Benz dan dua skrin.

Terdapat juga kamera undur dan stereng tiga jejari yang seolah tanpa beg udara. Mungkin pemilik tidak boleh mengharapkan ciri keselamatan tertinggi mengambilkira harga kenderaan hanyalah $6000 (RM28, 341). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here