Peugeot Landtrek rasmi lancar di pasaran, harga RM120k

495

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia rasmi memperkenalkan trak pikap Peugeot Landtrek.

Kehadiran pesaing baharu dalam segmen trak pikap itu mengetengahkan nilai jenama Peugeot menerusi Allure (pikat), Emotion (emosi) dan Excellence (cemerlang).

Peugeot Landtrek menawarkan pilihan 4×4 baharu menerusi ketahanan dan kebolehsuaian dalam memenuhi keperluan profesional mahupun keluarga. Ia juga direka bagi meneroka pelbagai bentuk permukaan bumi dan jalan raya.



Berikut informasi ringkas perlu anda tahu tenteang Peugeot Landtrek:

  • Luaran Landtrek menampilkan rekaan ciri khas Peugeot menerusi gril menegak dengan bingkai krom. Lencana singa berdiri Peugeot disematkan di tengah hud bersama lampu signatur LED di depan dan belakang.
  • Masuk ke kabin, trak pikap Perancis itu menampilkan sentuhan dan rekaan yang boleh didapati pada model Peugeot lain misalnya skrin sentuh resolusi tinggi bersaiz 10-inci dengan ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto.
  • Selain itu, tersedia pendingin hawa dua zon dan suis toggle gaya piano yang menawarkan akses fungsi lain kenderaan.
  • Keselesaan kerusi depan disokong dengan perehat tangan dan ruang yang lapang bagi penumpang barisan kedua melalui ruang bahu 1,550mm dan jarak lutut 50mm.
  • Selain itu, penyandar kerusi belakang boleh dicondong 23 darjah untuk keselesaan ketika perjalanan jauh.
  • Lipatan kerusi belakang 60/40 membolehkan pemilik membawa barangan pelbagai saiz manakala lipatan penuh boleh menawarkan muatan hingga 100kg.
  • Tempat duduk bangku belakang turut dilengkapi dengan dua Isofix.
  • Peugeot Landtrek juga dilengkapi kamera dengan paparan 360 darjah.
  • Ciri keselamatan lain, enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Hill Assist Descent Control (HADC) dan Lane Departure Warning.

Trak pikap itu dilengkapi dengan enjin 1.9 liter turbo diesel yang menghasilkan kuasa 150hp dan tork 350Nm bersama transmisi automatik 6-kelajuan.

Dengan jarak kelegaan tanah 235mm membolehkan Landtrek mengharungi permukaan jalan lasak.

Peugeot Landtrek ditawarkan dengan enam pilihan warna badan yang dijual pada harga RM120, 072 (tidak termasuk insurans). 

Demi ketenangan minda pemilik, trak pikap itu ditawarkan dengan waranti pengilang 5-tahun bersama perbatuan 100,000km (mana tiba dahulu).

 


















APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here