Motosikal berkuasa air ini boleh meluncur seperti roket

1772

Dalam industri automotif, haba adalah sumber tenaga asas yang menjadi daya penggerak. Berbeza dengan motosikal berkuasa air ini atau lebih dikenali sebagai water rocket trike. Trike yang dicipta oleh François Gissy berupaya memecut dengan cepat menggunakan tekanan air.

Sudah tentu, dengan sumber kuasa itu, trike milik Gissy bebas daripada segala tuduhan pencemaran alam sekitar. Trike mempunyai reka bentuk yang unik, yang menyerupai roket.



Kenderaan ini digelar sebagai sebuah motosikal kerana ianya mempunyai tayar, sistem penggantungan dan hendal seperti motosikal. Casis dibuat khusus supaya ia boleh menampung tangki besar yang penuh dengan air. Di belakangnya terdapat dua roda kecil.

Motosikal berkuasa air

Motosikal Gissy menggunakan prinsip gerakan yang sering dijumpai dalam permainan fizik menggunakan tekanan air. Perbezaannya adalah prinsip ini direka dengan skala kuasa jauh lebih besar.

Apabila diuji pada litar yang lurus, pecutan jentera ini agak mengejutkan untuk motosikal ‘berbahan bakar’ air ini. Dari posisi pegun hingga mencapai kelajuan 100km/j, ia hanya mengambil masa hanya 0.551 saat. Kelajuan maksimum dicatatkan pada 261km/j. Ianya merupakan hasil yang luar biasa bagi motosikal buatan sendiri ini. 

Motosikal berkuasa air

Malangnya, motosikal berkuasa air yang dicipta oleh Gissy ini menjadi senjata ‘makan tuan’ untuk dirinya. Jentera unik miliknya ini digunakan untuk penggambaran sebuah filem. Masalahnya masih belum dikenalpasti, motosikal tersebut telah terbabas ke luar trek dan meragut nyawa Gissy.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here