5 supercar edisi terhad yang habis dijual sebelum majlis pelancarannya

2769

Terdapat banyak supercar yang sengaja dibuat dalam kuantiti yang terhad. Supercar edisi terhad pastinya mempunyai sesuatu yang berbeza untuk menjadikannya lebih eksklusif dan ia membuatkan mereka menjadi rebutan.

Mengenai harga, tentu saja ia akan menjadi lebih mahal berbanding versi supercar biasa. Walaupun sangat mahal, masih terdapat orang yang ingin membelinya.



Di antara banyak supercar dengan edisi terhad, sesetengah daripada jentera ini telah terjual sebelum majlis pelancaran rasmi. Berikut adalah senarai supercar edisi terhad yang dijual sebelum masjlis pelancaran:

1. Porsche 911 R

Dari segi luaran, Porsche 911 R tidak mempunyai apa-apa yang istimewa. Perbezaannya adalah dalam pada gaya klasik dan pilihan kotak gear manual. Porsche hanya membuat 991 unit 911 R, dan semuanya telah dijual sebelum ia dilancarkan.

2. Lamborghini Veneno

Pada tahun 2013, Lamborghini mengejutkan dunia pada ulang tahun ke-50nya dengan melancarkan tiga kereta, termasuk Lamborghini Veneno. Veneno mempunyai penampilan yang tajam, reka bentuk futuristik, dan mempunyai wataknya yang tersendiri. Harga jentera ini mencapai USD4,500,000 (RM18,630,450) dan terjual habis.

3. McLaren Speedtail

McLaren nampaknya lebih bernasib baik dalam persaingan jualan, berbanding perlumbaan di litar Formula 1. Seperti McLaren Speeedtail yang direka dengan sentuhan klasik.

Speedtail seperti memiliki aura model hybrid antara Long-Tail F1 dan 720S. Malangnya, McLaren tidak memberikan maklumat terperinci untuk mdoel ini.

4. Rimac C_Two

Supercar edisi terhad

Supercar dari Croatia ini agak mengejutkan apabila ia muncul di pasaran. Mereka mencipta kereta sport berprestasi tinggi, seperti C_Two. Sebelum ini, Rimac diperkenalkan ke pasaran dalam dua model konsep iaitu Concept One dan Concept Rimac C_Two. Kedua-duanya mendapat sambutan positif daripada model sebelumnya.

Dengan kapasiti kuasa 1,400 hp, Rimac C_Two menjadi salah satu kenderaan elektrik dengan kelajuan yang terbaik.

5. Ferrari LaFerrari

Supercar edisi terhad

Pengeluar kereta dari Itali hanya menghasilkan LaFerrari dalam jumlah yang sangat terhad, iaitu 499 unit. Harganya mencapai USD1,700,000 atau (RM7,038,170). Ini adalah model Ferrari pertama yang menggunakan powertrain hibrid.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here