Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi radio frequency identification (RFID)

1763

Kementerian Kerja Raya ingin mengumumkan pelaksanaan plaza tol menggunakan radio frequency identification (RFID) di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1 sebagai salah satu pilihan mod pembayaran secara elektronik mulai 1 januari 2020. 

radio frequency identification (RFID)

Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Baru Bian berkata, “sistem RFID merupakan mod pembayaran elektronik terkini yang diperkenalkan di lebuh raya di samping mod pembayaran sedia ada iaitu kad Touch ‘n Go dan SmartTAG”.



Pembayaran tol secara RFID ini dijangka dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol memandangkan pengguna tidak lagi perlu berhenti untuk menyentuh kad di reader. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati faedah-faedah berikut:

  1. Pengguna lebuh raya dapat membuat transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan lebih selesa.
  2. Tiada kos penyenggaraan memandangkan sticker RFID tidak memerlukan bateri.
  3. Tambah nilai (reload) boleh dibuat secara atas talian (online).
  4. Sticker RFID ditampalkan pada kenderaan dan tidak mudah hilang.
  5. Mengurangkan isu operasi sedia ada melibatkan pengguna seperti lewat meletakkan OBU SmarTAG, OBU SmartTAG diletakkan secara terbalik dan bateri lemah.

Sistem RFID menggunakan sticker yang dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet, di mana pengguna RFID boleh menambah nilai tol secara atas talian atau online. Ini akan memudahkan orang ramai membuat tambah nilai tanpa perlu ke pusat khidmat pelanggan atau lokasi tambah nilai.

Pelaksanaan ujian rintis RFID telah diadakan di plaza-plaza tol terpilih mulai tahun 2018 dan telah mendapat respon yang positif daripada pengguna lebuh raya. Sehingga kini, jumlah pengguna RFID telah mencecah lebih dari 830,000 orang pengguna.

Pengguna lebuh raya yang ingin mendapatkan sticker RFID boleh berbuat demikian di 130 Fitment Centres seperti berikut:

Pengguna lebuh raya yang telah mempunyai sticker RFID dinasihatkan untuk sentiasa memastikan 2-wallet mempunyai baki yang mencukupi untuk pembayaran tol sebelum memasuki lebuhraya bagi menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

Pelaksanaan kutipan tol secara RFID ini merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti (Multi Lane Free Flow (MLFF) di lebuh raya yang merupakan aspirasi kerajaan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan bayaran tol di masa hadapan.

Senarai lebuh raya yang telah menawarkan sistem kutipan tol secara radio frequency identification (RFID)

1.) Lebuh raya Utara Selatan (PLUS);

     -Plaza tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)

     -Plaza tol Kempas

     -Plaza tol Jitra

2.) Lebuh raya laluan kedua Malaysia-singapura (LINKEDUA)

3.) Lebuh raya Shah Alam (KESAS)

4.) Lebuh raya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)

5.) Lebuh raya Damansara-Pushong (LDP)

6.) Lebuh raya KL-Kara (KLK)

7.) Lebuh raya Lingkaran Kajang (SILK)

8.) Lebuh raya Penyuraian Trafik KL barat (SPRINT)

9.) Lebuh raya Sungai Besi (BESRAYA)

10.) Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

11.) Lebuh raya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

12.) Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX)

13.) Lebuh raya bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

14.) Lebuh raya pantai (NPE)

15.) Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE)

16.) Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE)

17.) Lebuh raya Lingkaran luar Butterworth (BORR)

18.) Lebuh raya KL-Kuala Selangor (LATAR)

19.) Lebuh raya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)

20.) Lebuh raya terowong SMART

21.) Lebuh raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

22.) Jambatan Pulau Pinang (JPP)

23.) Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)

24.) Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS)

     – Plaza tol Ampangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here