“Bayar balik kos lesen B2,” gurauan ibu buat anak merajuk lari dari rumah

9
gambar hiasan

Seorang remaja lelaki bertindak keluar dari rumahnya di Bukit Katil, Melaka selepas merajuk dengan gurauan ibunya yang memintanya membayar semula kos ujian lesen memandu motosikal (B2) sekiranya enggan mengulangi ujian itu selepas gagal sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan hilang sejak 1 November lalu, namun dia berjaya dikesan selepas orang awam menyalurkan maklumat melihatnya di sebuah restoran di mukim sama, semalam.

“Seorang lelaki telah memaklumkan terjumpa remaja itu pada pukul 12.45 tengah malam dalam keadaan mundar-mandir mencari arah di hadapan rumahnya dan apabila ditanya dia beritahu mahu makan di sebuah restoran berhampiran.

“Soal siasat bersama pekerja kedai makan tersebut mengatakan remaja itu ada datang berseorangan dan makan telur serta air suam sahaja sebelum beredar menghala ke Tehel dengan berjalan kaki,” katanya.

Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di restoran mengesahkan identiti orang hilang (OH) dan pada jam 9.50 malam semalam, pihaknya turut dimaklumkan bahawa dia kembali ke premis sama.

“Pada jam 10.05 malam dia dijumpai dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here