Punca lubang benam perlu kajian terperinci

96

Punca sebenar kejadian lubang benam di persimpangan Jalan Kedidi dengan Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, di Bayan Lepas, semalam masih memerlukan kajian terperinci.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, pada masa ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah memohon kerjasama daripada pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Indah Water Konsortium (IWK) bagi membuat siasatan aset.

“Tindakan segera dilakukan termasuk pemasangan penghadang dan penutupan sementara jalan.

“Lencongan trafik membabitkan Jalan Sungai Ara 1, Jalan Persiaran Relau, serta Jalan Kedidi sudah dilaksana JKR di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Zairil Khir berkata, JKR komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan akan mengemaskini perkembangan dengan segera.

“Terima kasih atas kesabaran masyarakat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mengenai laluan trafik di Jalan Kenari, Sungai Ara di sini, ditutup sementara bagi memberi laluan kerja pembaikan susulan kejadian lubang benam itu.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu tidak melibatkan kerosakan harta dan kemalangan jiwa.

Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, kejadian lubang benam itu terbentuk dengan lebar kira-kira lima meter dan dalam hampir tiga meter.

Katanya, Jalan Kenari adalah jalan yang sibuk seperti jalan utama, namun masih ada laluan alternatif bagi masuk dan keluar, cuma agak sukar kerana tiada lampu isyarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here