Lubang benam sedalam 50 meter terbentuk di Bangkok

199

Satu kejadian jalan runtuh berlaku di hadapan Hospital Vajira di Bangkok, Thailand sehingga membentuk lubang benam sedalam 50 meter.

Lubang benam dengan ukuran 30 x 30 meter itu dilaporkan terus membesar dan telah menjejaskan kawasan di hadapan hospital serta Balai Polis Samsen yang berdekatan.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan segera dengan memindahkan pesakit dan penduduk dari kawasan berisiko.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku sekitar jam 7.13 pagi tadi dan Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Samsen telah tiba di lokasi untuk menilai situasi dan memulakan operasi.

Pihak berkuasa daerah Dusit juga telah menutup laluan trafik di kawasan sekitar bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan segera dijalankan.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Insiden ini disyaki  berkaitan dengan pembinaan stesen MRT bawah tanah “Vajira Station” yang terletak di hadapan hospital tersebut.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, telah turun padang bersama pegawai-pegawai lain untuk meninjau keadaan dan merancang langkah-langkah seterusnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here