Cukai jalan tamat tempoh sejak Januari, JPJ sita Toyota Vellfire

140
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka menyita sebuah Toyota Vellfire setelah didapati tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans tamat tempoh sejak Januari 2025 dalam operasi sekitar daerah Jasin. 
 
Pemandu Vellfire berusia sekitar 40-an itu memberi alasan MPV mewah itu dipinjam daripada seorang rakan dan tidak mengetahui LKM serta insurans telah tamat tempoh.
 

“JPJ akan mengambil tindakan pendakwaan di Mahkamah terhadap pemandu di bawah kesalahan memandu kenderaan tanpa LKM dan insurans yang sah.

“Kenderaan berkenaan turut disita di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan pada Selasa.
 
Selain itu, pemilik juga akan dikenakan tindakan kerana membenarkan kenderaan yang tiada LKM dan insurans digunakan di jalan raya.
 
Pihak JPJ menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan yang dipandu dan dimiliki mempunyai LKM serta insurans yang masih sah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here