Nissan Skyline R32 HKS Zero-R spesis JDM terancam!

3773

Apabila bercakap mengenai kereta yang sangat mahal, biasanya ia mempunyai kisah menarik bersamanya atau ia antara spesis rare dari sejarah automotif. Tetapi Nissan Skyline juga merupakan antara kenderaan paling rare di planet ini.

Ia bukan sebarangan Skyline. R34 GT-R Nismo Z-Tune? R33 GT-R 400R? Atau R35 GT-R Nismo? Semuanya bukan. Ianya Skyline R32 HKS Zero-R, hanya 10 unit pernah dibina oleh HKS. Syarikat penalaan atau tuner itu terkenal kerana menghasilkan antara Skyline paling istimewa, sama seperti apa RUF lakukan untuk Porsche.  



Unit dalam gambar ini terletak di Brunei, iaitu satu-satunya Skyline R32 HKS Zero-R. Malah, dari 10 yang pernah dikeluarkan pada 1994, hanya empat unit yang tinggal. Tiga lagi berada di Jepun.

Menurut pemilik Skyline ini, enam lagi yang dibina HKS telah melalui standard ISO yang memerlukan kos terlalu tinggi untuk syarikat itu, memaksa mereka membatalkan produksi. R32 HKS Zero-R ini sememangnya spesis JDM yang sangat terancam. Jadi, agak menarik untuk melihat satu unit dipandu dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh tuannya.

Apa yang membezakan R32 HKS Zero-R ini dari Skyline R32 biasa ialah ianya memuatkan dua penumpang sahaja selain pemandu. Ini kerana kerusi belakangnya telah dibuang untuk menempatkan sel bahan api (seperti jentera lumba).

Bahagian dalamannya semua dihiasi dengan kemasan istimewa Zero-R, dan juga lencana pada fender. HKS Zero-R juga lebih ringan dari biasa, dan HKS memberikan kereta ini dua ekzos. Nadinya ialah unit RB26 kerana RB27 asalnya telah mengalami kerosakan. Apa pun, RB26 ini juga tetap berkemampuan, outputnya sekitar 600 hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here