Marc Marquez Berhibur Dengan Honda X-ADV – Video

1018

Selain dari seorang pelumba terkenal dalam perlumbaan MotoGP, Marc Marquez baru-baru ini telah menambah beberapa perkara yang menarik, termasuk menunggang bukit ski di Repsol Honda dengan Red Bull. Dan kini,Marc Marquez menambah satu lagi perkara yang luar biasa iaitu bermain dengan Honda X-ADV.

Video yang ditaja oleh Honda yang mengabungkan Marc Marquez, X-ADV, dan DJ Roger Wid. Dari video berdurasi 2 minit,kita dapat mendengar bahawa bunyi yang paling asas seperti memusingkan kaki dan menutup zip jaket mempunyai kualiti muzik dan boleh di tukarkan kepada rentak.



Mikrofon yang diletakkan berdekatan dengan tanah kemudian merekodkan bunyi juara MotoGP sambil mengelilingi motosikal dan meluncur di lantai konkrit.

Persoalannya kenapa bukannya Repsol? Mungkin ini salah satu cara untuk meraikan bahawa model X – ADV itu telah menjadi “motosikal” pengembaraan terlaris di Eropah pada tahun 2018, yang melenyapkan R 1200 GS.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here